PRODUK

FORUM™ SINTETIK


FORUM™ sintetik adalah produk berkualiti tinggi yang direka untuk melindungi, memulihara sumber, dan memulihkan permukaan geseran semua jenis enjin empat lejang.

Ianya sesuai dengan semua jenis asas minyak. Asas kepada semua jenis bahan tambah FORUM™ ini ialah terdiri daripada polytetrafluoroethylene (UPTFE-FORUM™), yang mana mengandungi pelbagai jenis gred suhu.

Semua bahan tambahan mengandungi campuran gred ini, namun dengan FORUM™ sintetik ianya satu-satunya yang mempunyai ketahanan suhu yang tinggi. Pecahan suhu yang tinggi diperoleh dalam keadaan yang paling keras, menghasilkan lapisan yang paling tahan haus.

Selain itu, produk ini diperbuat daripada minyak berasaskan kumpulan IV.

Semua ciri ini memberikan kecekapan yang lebih tinggi dalam perlaksanaan bahan tambahan.

FORUM sintetik digunakan untuk enjin "turbocharged".

Kehadiran pengecas Turbo meningkatkan kecekapan bahan tambahan, oleh kerana lapisan UPTFE-FORUM™ boleh bertahan dengan suhu yang tinggi (antara 400°C sehingga 500°C) dan melekat dengan kuat pada permukaan geseran, berkesan untuk mengurangkan haus dan kemungkinan kegagalan "turbocharger", terutamanya semasa permulaan dan ketiadaan filem minyak.

Kesan daripada penggunaan  FORUM™ Sintetik:

  • ​Memaksimumkan perlindungan permukaan terhadap geseran dan Haus, terutamanya di bawah suhu tinggi dan beban mekanikal yang tinggi.

  • Mengurangkan kadar geseran dalam minyak sebanyak 20% dan menurunkannya sebanyak 100 kali jika tiada filem minyak.

  • Meningkatkan kuasa enjin sebanyak 30%.

  • Mengurangkan kehausan permukaan sebanyak 5-15 kali.

  • Mengurangkan bunyi bising dan getaran sebanyak 2-8 dB.

  • Menjimatkan penggunaan minyak sebanyak 20%.

  • Memulihkan permukaan yang telah rosak dengan cepat.

  • Memanjangkan jangka hayat minyak enjin sebanyak 2-3 kali ganda.

  • Meningkatkan mampatan dalam silinder.

  • Menghilangkan haus semasa "start" ketika enjin sejuk.


Komposisi: UPTFE-FORUM™ geseran pada suhu yang tinggi dan Kumpulan IV polyalphaolefin (PAO) asas minyak.

Untuk menggunakan FORUM™ Sintetik, berikut merupakan prosedur untuk menukar minyak ataupun menggantikan penapis minyak:

1. Toskan minyak enjin lama dan gantikan penapis minyak.

2. Goncang botol kecil dengan kuat sehingga bahan aktif UPTFE-FORUM™ diagihkan secara sama rata ke seluruh isipadu cecair.

3. Tuangkan bahan tambahan ke dalam bekas dengan minyak baru dan kacau. Ianya normal jika mempunyai sedikit sedimen di bahagian bawah botol kosong selepas digunakan. 

4. Tuangkan minyak dengan bahan tambahan ke dalam enjin dan biarkan ia berjalan selama sekurang-kurangnya 15 minit untuk memastikan bahan tambahan itu diagihkan secara sama rata ke seluruh sistem. Adalah disyorkan untuk menggunakan FORUM™ sintetik dengan setiap penukaran minyak. Satu botol sesuai untuk 3-7 liter minyak.

Jika tidak boleh menambah FORUM™ Sintetik semasa penukaran minyak dan penukaran penapis secara serentak, ia boleh juga dilakukan sebelum memandu sejauh 500 kilometer. Dalam kes ini, bahan tambahan mesti dituangkan ke dalam enjin yang sedang berjalan melalui penutup pengisi minyak selama 5 minit atau dalam 2-3 suntikan berturut-turut dengan enjin dimatikan dan dihidupkan semula selama 5 minit selepas setiap penambahan.

Kesan penggunaan bahan tambahan akan terbukti selepas memandu sejauh 200-500 kilometer dan akan meningkatkan keberkesanan dan berterusan sepanjang tempoh penggunaan minyak.